Wednesday, 19 October 2011

Teks MC Hari Raya


Para hadirin diminta mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar sahaja lagi. Terima kasih.
Bagi menghormati majlis, saya memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian agar dapat mematikan telefon bimbit atau tukarkan ke mod senyap sepanjang majlis berlangsung.
Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih

 ____________________

Mengumumkan Ketibaan YBrs
-
-
Hadirin dipersilakan duduk,

____________________

YBrs



Serta para hadirin yang saya hormati.



Assalamualaikum WBT,salam Satu Malaysia,Salam Sejahtera dan Selamat datang ke Majlis Rumah Terbuka Pusat Pengajian Sains Pergigian 2011!



Hadirin dan Hadirat yang saya hormati ,

Buat ketupat bersama rendang
Jadi hidangan di pagi hari
Kami mengucapkan selamat datang
Ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri

Dentist bekerja di klinik gigi
Suka melihat gigi berseri
Syukur Kita kehadrat Illahi
Dapat kita bersama pada malam ini.

Dikala pagi,Kuliah Gigi
Dikala petang,membuat gigi
Semoga Majlis ringankan hati
Gembira senyum di malam ini



Hadirin dan hadirat yang saya kasihi,



Alhamdulillah, kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Rumah Terbuka Persatuan Sains Pergigian 2011 ini.



Untuk pengetahuan Hadirin,Majlis pada malam ini merupakan program tahunan yang melibatkan semua warga Persatuan Sains Pergigian.









Diharapkan agar majlis ini menjadi satu platform bagi semua warga Persatuan Sains Pergigian untuk mengeratkan lagi ukhwah serta silaturrahim antara kita.


________________


Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati



Hadirin yg dihormati ,



Seterusnya, Majlis dengan segala hormatnya menjemput Saudara xxxxxxxx bagi bacaan doa.



Amin ya rabbal alamin
Terima kasih saudara xxxx atas Bacaan Doa itu Tadi 


___________________


Hadirin Dan hadirat yang saya hormati ,

Untuk tidak melengahkan masa marilah kita sama-sama mendengar ucapan alu-aluan daripada Yang Berusaha  xxxxxxxx Dekan Akademik merangkap Penasihat Persatuan Sains Pergigian dan seterusnya  merasmikan Majlis Rumah Terbuka Persatuan Sains Pergigian  .



Majlis Menjemput  Saudari xxxxxx bagi mengiringi xxxxxxxx  untuk Naik ke pentas.



Majlis mengucapkan ribuan terima kasih ………. Atas ucapan itu tadi.



  ____________________


Para hadirin yang dihormati sekalian, atur cara majlis diteruskan lagi dengan Bacaan Doa yang akan dibacakan oleh saudara_____________________________


Para hadirin dan semua tetamu jemputan dipersilakan menikmati juadah dan hidangan yang telah disediakan.

___________________________

Hadirin dan hadirat Yang saya Kasihi Sekalian,



Akhir kata ,tamatlah sudah majlis kita pada malam ini. Sekali lagi syabas dan tahniah kepada semua warga PPSG kerana dapat bersama –sama dalam Majlis pada malam ini.


Majlis diteruskan dengan menjemput Dr___________ serta tetamu jemputan untuk beredar meninggalkan majlis.



Rimbun sungguh si pohon pandan,

Harum wangi bau kasturi,

Salah dan silap harap dimaafkan,
Tahun depan berjumpa lagi.


Sekian wabilahitaufikwalhidayah,wassalamualaik…..wbt dan selamat malam.

 
________________________

reference:
   


 
 

No comments: