hello guys
I guess it is not too late to say happy buffday to my beloved country Malaysia for the 53rd anniversarry!
You know I love you right?hohohoho
owh actually i want to share mc text that I "edited" for Majlis Khatam Al-Quran here in USMKK.I was the mc.below are the text.
I know how hard it is to come up with mc text when you've been told to prepare it at the very last second.So I hope it did help those last minute MC out there.
anyway,Stay PRISTINE guys...!!
p's:I'm watching Boys Over Flower!!!! sarang hey!!!!
Para hadirin yang saya hormati sekalian.
Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita sekiranya para hadirin dapat
mengambil tempat masing-masing.
Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian dapat mematikan telefon bimbit atau tukarkan ke mod senyap sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu majlis.
Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih
__________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam kemerdekaan saya ucapkan kepada
Yang berbahagia Prof Datu Dr Ali bin Baba ,Pengarah Kampus Kesihatan,Universiti Sains Malaysia .
Yang Berusaha Dr Ali bin Baba,Timbalan Pengarah Pusat Islam.Universiti Sains Malaysia.
Saudara Ali bin Baba ,Pengarah Majlis Perwakilan Pelajar ,Universiti Sains Malaysia ,Kampus Kesihatan.
Saudara Ali bin Baba,Pengarah Rakan Masjid,Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan.
Serta hadirin dan hadirat ,ahlan wa sahlan saya ucapkan.
Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekalian
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismilah pembuka bicara.
Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Khatam Al-Quran , Peringkat Universiti Sains Malaysia ,Kampus Kesihatan ini.
Untuk pengetahuan Hadirin,Majlis Khatam Al-Quran pada hari ini merupakan langsungan daripada program tadarus Al-Quran yang melibatkan semua mahasiswa mahasiswi pusat pengajian sains perubatan,pergigian dan kesihatan.Malah,ini adalah julung kali majlis khatam Al-Quran dibuat bersama dengan Majlis Ambang kemerdekaan.
semoga majlis seperti ini dapat menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al-Quran ke tahap tertinggi dan dijadikan petunjuk utama dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Sesuai dengan firman Allah yang berbunyi:
“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat lurus (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar”
Surah al-Isra':9
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah,
Al-Quran diturun sebagai penyuluh,
Membaca dikurnia pahala dan juga rahmat,
Angkat doa jari sepuluh,
Doa minta biar selamat.
Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis, dipersilakan saudara Ali bin Baba untuk memimpin bacaan doa.
(baca doa)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Ali bin Baba di atas bacaan doa itu tadi.
Seterusnya,majlis di teruskan dengan bacaan khatam Al-Quran yang akan di imamkan oleh Saudara Ali bin Baba.
(baca alquran à baca doa khatam Al-Quran)
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan
Bunga melur bunga kenanga
Cantik disusun penyeri anjung
Al-Quran bagaikan intan permata
Al-Quran dijunjung umat disanjung
Bunga mawar cantik berseri
Mekar disirami si embun pagi
Majlis Khatam Al-Quran mengundur diri
Semoga tahun hadapan berjumpa lagi.
Alhamdulillah. Dengan Bacaan Khatam Al Quran sebentar tadi maka berakhirlah majlis kita pada petang ini .
Sekalung budi penghargaan terima kasih pihak majlis kalungkan kepada semua jemputan dan hadirin sekalian kerana sudi hadir ke majlis pada petang ini.
Akhir kalam, marilah kita tutup majlis ini dengan sama-sama membaca Surah
Al-Asr.
Sekian.
WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.RT.
http://www.scribd.com/doc/14649098/Teks-Pengacara-Majlis-Tadarus-Alquran-Negeri-Perak-2009
1 comment:
tq sangat2...,
sy ada ambil sedkit idea dari teks ini...
Shafie, batu Pahat
Post a Comment