“Tuan Speaker dewan yang sungguh PETAH,Barisan kerajaan yang MEMERINTAH,barisan pembangkang yang MEMBANTAH serta sidang dewan yang mendengar dengan penuh HIKMAH,Assalamualaikum wrt.wbt.
Salam Aspirasi,satu siswa,satu siswi ,satu Malaysia.”
Wah,demikianlah tadi sedikit sebanyak rangkap ungkapan yang saya pelajari sepanjang berjinak di dalam bidang perdebatan.Sememangnya satu pengalaman yang cukup berharga.Bila di ingat kan kembali….Semua sejarah indah ini bermula dengan satu sapaan.
Sewaktu …dalam perjalanan pulang dari kuliah.sewaktu rajin hendak balik ke bilik.Aku di sapa oleh seseorang….Nabilah namanya
“nak join debat tak?”
“erm…nak!!! Tapi sejujurnya dah lama tak berdebat”
“takper….malam ni datang kat bilik meeting Nurani yer..no tel?”
“019418****….ok”
dan begitulah bagaimana aku menghabiskan sisa malam dari 8 pm hingga ke pagi untuk berbincang usul-usul yang berjuta lemon itu,selama 2 minggu tanpa henti.Botak kepala memikirkan hal tersebut.
sedangkan diri ini sedar betapa ceteknya ilmu dalam dunia perdebatan,namun digagahi juga atas alasan untuk menimba ilmu.Dek kerana sejarah lampau yang mengimbau kembali kenangan sebagai pendebat picisan yang mampu mengalahkan kumpulan senior sewaktu sekolah menengah dahulu menguatkan lagi hentakan setiap langkah ....
“laman sosial perlu disekat;kenaikan harga barang : nasib rakyat terbela;Subjek sejarah perlu diwajibkan;Pemilihan MPP perlu dihapuskan,Pelajar Universiti Perlu Kebebasan Mutlak”
Demikian merupakan 5 usul atau tajuk perbahasan bagi sesi liga.Tambahan, diberi tugas sebagai Perdana Menteri merupakan satu benda yang baru bagi diri ini;Owh lupa hendak memberitahu kalian bahawasanya setiap pasukan dikehendaki berlawan dalam Liga ,yakni 5 usul tersebut akan wajib dibahaskan dalam kelima-lima sidang.Bagi mereka yang mempunyai ranking tertinggi selepas Liga akan ke Separuh Akhir yang di tentukan dengan kaedah Kalah mati.Seterusnya , pusingan akhir yang di hadiri Naib Canselor USM.
Status Fb: “walaupun tidak layak ke final,mendapat tempat ke 12 dari 14 kumpulan selepas 5 perlawanan liga,pendebat ke 18 dari 52 pendebat.Ianya amat bermakna buat diri ini”
Dan dari DPNC ini jugalah , afif bertemu dengan ramai kawan-kawan baru yang cukup mengujakan diri ini.Seronok sangat!!! Hahaha……
Terima kasih…..
No comments:
Post a Comment