Para
hadirin diminta mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan bermula
sebentar sahaja lagi. Terima kasih.
Bagi menghormati majlis, saya memohon
kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian agar dapat
mematikan telefon bimbit atau tukarkan ke mod senyap sepanjang majlis
berlangsung.
Kerjasama hadirin sekalian amatlah
dihargai. Terima kasih
____________________
Mengumumkan Ketibaan YBrs
-
-
Hadirin dipersilakan duduk,
____________________
YBrs
Serta para hadirin yang saya hormati.
Assalamualaikum WBT,salam Satu Malaysia,Salam
Sejahtera dan Selamat datang ke Majlis Rumah Terbuka Pusat Pengajian Sains
Pergigian 2011!
Hadirin dan Hadirat yang saya hormati ,
Buat ketupat bersama rendang
Jadi hidangan di pagi hari
Kami mengucapkan selamat datang
Ke Majlis Jamuan Hari Raya
Aidilfitri
Dentist bekerja di klinik gigi
Suka melihat gigi berseri
Syukur Kita kehadrat Illahi
Dapat kita bersama pada malam ini.
Dikala pagi,Kuliah Gigi
Dikala petang,membuat gigi
Semoga Majlis ringankan hati
Gembira senyum di malam ini
Hadirin
dan hadirat yang saya kasihi,
Alhamdulillah,
kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan
dalam Majlis Rumah Terbuka
Persatuan Sains Pergigian 2011 ini.
Untuk
pengetahuan Hadirin,Majlis pada malam ini merupakan program tahunan yang
melibatkan semua warga Persatuan Sains Pergigian.
Diharapkan agar majlis ini menjadi satu
platform bagi semua warga Persatuan Sains Pergigian untuk mengeratkan lagi
ukhwah serta silaturrahim antara kita.
________________
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Hadirin yg dihormati ,
Seterusnya, Majlis dengan segala hormatnya
menjemput Saudara xxxxxxxx bagi bacaan doa.
Amin ya rabbal alamin
Terima kasih saudara xxxx atas Bacaan Doa itu Tadi
___________________
Hadirin Dan hadirat yang saya hormati ,
Untuk tidak melengahkan masa marilah kita
sama-sama mendengar ucapan alu-aluan daripada Yang Berusaha xxxxxxxx Dekan
Akademik merangkap Penasihat Persatuan Sains Pergigian dan seterusnya merasmikan Majlis Rumah Terbuka
Persatuan Sains Pergigian .
Majlis Menjemput Saudari xxxxxx bagi mengiringi xxxxxxxx untuk Naik ke
pentas.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih ……….
Atas ucapan itu tadi.
____________________
Para hadirin yang dihormati sekalian, atur cara
majlis diteruskan lagi dengan Bacaan Doa yang akan dibacakan oleh saudara_____________________________
Para hadirin dan semua
tetamu jemputan dipersilakan menikmati juadah dan hidangan yang telah
disediakan.
___________________________
Hadirin dan hadirat Yang saya Kasihi Sekalian,
Akhir
kata ,tamatlah sudah majlis kita pada malam ini. Sekali lagi syabas dan tahniah
kepada semua warga PPSG kerana dapat bersama –sama dalam Majlis pada malam ini.
Majlis diteruskan dengan menjemput Dr___________ serta tetamu jemputan untuk
beredar meninggalkan majlis.
Rimbun sungguh si pohon pandan,
Harum wangi bau kasturi,
Salah
dan silap harap dimaafkan,
Tahun depan berjumpa lagi.
Sekian wabilahitaufikwalhidayah,wassalamualaik…..wbt dan selamat malam.
________________________
reference: